MENYENTUH HATI, MENYENTUH JIWA: TAJAAN MAKANAN UNTUK SEKOLAH PENDIDIKAN PELARIAN JASMINE ASH SHAM
Dalam bayang-bayang konflik dan kesulitan, terdapat sekumpulan jiwa yang kuat, tabah, dan penuh dengan harapan. Mereka adalah anak-anak pelarian yang kehilangan rumah, keamanan, dan rasa aman. Namun, di sebalik semua cabaran ini, ada satu perkara yang masih mereka genggam erat iaitu impian untuk masa depan yang lebih baik.
Sekolah Pendidikan Alternatif Pelarian Jasmine Ash Sham menjadi cahaya di tengah kegelapan bagi anak-anak ini. Di sini, mereka bukan sahaja mendapat pendidikan, malah juga perlindungan & kasih sayang.
Namun, mereka juga memerlukan sesuatu yang lebih penting iaitu makanan yang cukup untuk menyokong tenaga mereka, untuk belajar, bermain, dan berkembang.
Mengapa tajaan makanan anda amat diperlukan: - Agar pelajar tidak kelaparan
- Sumber yang terhad untuk menyediakan makanan yang cukup buat pelajar
- Agar dapat mereka kekal fokus ketika belajar
- Memberikan tenaga buat mereka seharian disekolah
- Memberi peluang yang sama seperti kanak-kanak lain di dunia
Anda boleh menjadi sebahagian daripada perubahan besar ini. Dengan menaja makanan, anda bukan sahaja memberikan mereka hidangan yang mengenyangkan, juga senyuman di wajah-wajah kecil yang penuh harapan.
Bismillah:
Kongsi rezeki menerusi akaun
PERTUBUHAN PENDIDIKAN JASMINE ASH SHAMS:
CIMB BANK: 8605330472
REFERENCE: “TAJAAN MAKANAN"